Kewalian Syeikh Abdullah bin Harun

ad
Kewalian Syeikh Abdullah bin Harun -  Kisah Pertemuan Syeikh Mahmud Dengan Sheikh Abdullah Bin Harun. Syeikh Abdullah Bin Harun adalah seorang Ahlullah yang Allah s.w.t sembunyikan kewaliannya. Masyarakat setempat menganggap beliau orang gila padahal beliau merupakan salah seorang Auliya’ yang besar yang sentiasa karam di dalam memandang kebesaran Allah. Beliau seorang yang majzub. Menurut Syeikh Mahmud, Syeikh Abdullah Bin Harun adalah seorang Ahlullah berpangkat Imaman.  Syeikh Mahmud mengetahui tentang Syeikh ini melalui seorang bekas pengikut Syeikh Mahmud yang bernama Hj. Abdul Rahman. Beliau telah menceritakan kepada Syeikh Mahmud tentang beberapa orang yang telah beliau temui termasuklah Syeikh Abdullah Bin Harun.
Kewalian Syeikh Abdullah bin Harun - Kisah Pertemuan Syeikh Mahmud Dengan Sheikh Abdullah Bin Harun. Syeikh Abdullah Bin Harun adalah seorang Ahlullah yang Allah s.w.t sembunyikan kewaliannya. Masyarakat setempat menganggap beliau orang gila padahal beliau merupakan salah seorang Auliya’ yang besar yang sentiasa karam di dalam memandang kebesaran Allah. Beliau seorang yang majzub. Menurut Syeikh Mahmud, Syeikh Abdullah Bin Harun adalah seorang Ahlullah berpangkat Imaman.

Syeikh Mahmud mengetahui tentang Syeikh ini melalui seorang bekas pengikut Syeikh Mahmud yang bernama Hj. Abdul Rahman. Beliau telah menceritakan kepada Syeikh Mahmud tentang beberapa orang yang telah beliau temui termasuklah Syeikh Abdullah Bin Harun.

Kesemua yang diceritakan oleh Hj. Abdul Rahman itu tidak masuk dalam golongan Ahlullah melainkan Syeikh Abdullah Bin Harun seorang saja. Sebelum bertemu dengan Syeikh Mahmud, Haji Abdul Rahman pernah menceritakan tentang Syeikh Abdullah ini kepada salah seorang ulama di tempat beliau.

Tetapi ulama itu berkata bahwa Syeikh Abdullah bukan seorang Wali Allah karena dia tidak sembahyang. Haji Abdul Rahman telah bercerita perkara ini kepada Syeikh Mahmud sewaktu mereka bermalam di rumah Abbas sepupu Syeikh Mahmud di Simpang Ampat.



Kewalian Syeikh Abdullah bin Harun
Pada keesokan paginya, Syeikh Mahmud dan Abbas pergi ke tempat Syeikh Abdullah Bin Harun di Sungai Korok, Kedah. Apabila sampai di kediaman Syeikh Abdullah, mereka melihat Syeikh Abdullah tidak menghiraukan kedatangan Syeikh Mahmud. Beliau hanya sibuk membuat kerjanya membaiki jalan di depan kediamannya.

Apabila Syeikh Mahmud memandang Syeikh Abdullah, beliau sudah nampak lambang orang yang kenal Allah di wajah Syeikh Abdullah.

Kemudian Syeikh Mahmud telah masuk ke dalam alam Khidir a.s secara kerohanian untuk memastikan adakah Syeikh Abdullah mendapat ilmu daripada Khidir a.s. Tetapi Syeikh Abdullah tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Kemudian Syeikh Mahmud telah masuk ke dalam alam Sultan Auliya’ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani pula secara kerohanian untuk memastikan adakah Syeikh Abdullah mendapat ilmu Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, tetapi Syeikh Abdullah tetap tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Tetapi apabila Syeikh Mahmud masuk ke dalam alam jazbah, beliau telah bertemu dengan kerohanian Syeikh Abdullah di alam Jabarrut.

Pada masa itu barulah Syeikh Abdullah bin Harun menunjukkan reaksi dan berkata; “Hang nak pisang?”

Syeikh Abdullah telah menebang pohon pisang di tepi kediamannya lalu menghadiahkan setandan pisang kepada Syeikh Mahmud. Pada masa itu Syeikh Abdullah telah menunjukkan reaksi seperti orang siuman tidak seperti orang gila. Beliau telah menyisir pisang itu dan meletakkan dengan baik ke dalam raga motor Abbas.





Kewalian Syeikh Abdullah bin Harun
  Kemudian Syeikh Abdullah Bin Harun duduk mencangkung di depan kediamannya sambil mengurut-ngurut janggutnya dan mendongak ke langit. Selepas itu beliau telah memberi isyarat agar mengikutnya masuk ke dalam rumah kediamannya.

Semasa masuk ke dalam rumah kediaman itu, Syeikh Abdullah telah menghamparkan guni plastik untuk dijadikan hamparan duduk kepada Syeikh Mahmud dan Abbas. Kemudian telah memberi mereka berdua bantal dan memberi isyarat menyuruh mereka berdua agar tidur.

Selepas itu, dia pun masuk ke dalam kelambunya dan tidur. Menurut Abbas dia tak tidur karena mau melihat dengan mata kepalanya apa yang akan terjadi. Semasa mengintai itu dia telah ternampak cahaya kehijauan kebiru-biruan di dalam kelambu Syeikh Abdullah.

Selang tidak beberapa lama selepas itu Syeikh Abdullah pun keluar dari kelambunya dan Syeikh Mahmud pun tersadar, Syeikh Abdullah telah berkata kepada mereka berdua, katanya; “Rayuan ada!”

Kemudian Syeikh Mahmud telah memeluk Syeikh Abdullah sambil menangis dan memohon agar Syeikh Abdullah mendoakannya.

Pada malam harinya sekitar jam 3.00 pagi ketika Syeikh Mahmud sedang tidur di rumahnya sendiri, tiba-tiba beliau telah terjaga dari tidur dan bangun terus saja berzikir. Hal ini terjadi karena kerohanian Syeikh Abdullah Bin Harun telah datang mengejutkan Syeikh Mahmud daripada tidur dan mengajak berzikir. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1979 Masehi.

Pada tahun 1982 Masehi, Syeikh Mahmud mendapat alamat kerohanian agar pergi berjumpa Syeikh Abdullah Bin Harun sekali lagi.

Apabila sampai di kediaman Syeikh Abdullah, Syeikh Mahmud telah mengucapkan salam. Tetapi Syeikh Abdullah telah membalas salam itu dengan menyebut; “Emmmh”. Selepas itu beliau telah memberi isyarat kepada Syeikh Mahmud agar masuk ke dalam rumah kediamannya.

Pada pertemuan kali ini Syeikh Abdullah telah memberi pengajaran kepada Syeikh Mahmud dengan membuat isyarat saja.

Isyarat yang beliau buat ialah beliau hanya menggosok-gosok kepalanya dengan kedua belah tangannya.

Pada tahun 1985 Masehi, Syeikh Mahmud telah mendapat alamat kerohanian sekali lagi supaya pergi berjumpa Syeikh Abdullah Bin Harun.

Pada kali ini Syeikh Abdullah telah memberi pengajaran kepada Syeikh Mahmud. Hanya dengan membuat isyarat menggunakan tangannya dengan melurut-lurut tapak tangan kanannya ke atas lengan kirinya bermula dari siku hingga ke jari kiri dan tapak tangan kirinya ke atas lengan kanannya bermula dari siku hingga ke jari kanan.

Arifbillah Syeikh Abdullah Bin Harun telah meninggal dunia pada tahun 1992 ketika berusia 156 tahun. Sebulan sebelum beliau meninggal dunia, Syeikh Mahmud mendapat alamat yang Syeikh Abdullah akan meninggal, lalu Syeikh Mahmud pun bermunajat kepada Allah agar memperlihatkan kewalian yang ada pada Syeikh Abdullah kepada orang ramai.

Pada hari kematian Syeikh Abdullah, Syeikh Mahmud berada di Madrasah Nurul Iman Kok Sira, Thailand.

Syeikh Mahmud telah berdampingan dengan Syeikh Abdullah selama 13 tahun. Dalam tempo itu beliau hanya menerima tiga pengajaran daripada Syeikh ini. Itupun hanya dengan isyarat saja.

Pada tahun 2003 ketika berbual dengan Tengku Harmy dan Allahyarham Pak Yusuf di bawah sarang burung merpati di Madrasah Nurul Iman Hulu Langat barulah Allah s.w.t. merungkaikan kepada Syeikh Mahmud terhadap 3 pengajaran daripada Syeikh Abdullah bin Harun :

Pengajaran yang pertama bermaksud hendaklah ada zuhud dan yakin.
Pengajaran yang kedua bermaksud janganlah menggunakan logika akal semata-mata.
Pengajaran yang ketiga bermaksud janganlah merasa kita ini memiliki sesuatu walaupun sebesar zarah sekali pun.
Ketiga-tiga pengajaran ini sebenarnya adalah merupakan perwatakan para Muqarrabin lagi Siddiqin.





Mau donasi lewat mana?

Paypal
Bank BCA - An.Dwi Lestari / Rek - 3930706719
Traktir creator minum kopi dengan cara memberi sedikit donasi. klik icon panah di atas
Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.
Site is Blocked
Sorry! This site is not available in your country.